Monday, November 30, 2009

Skim Asas Takaful Keluarga

Cabang Muamalat Islam yang saling menjamin, menjaga dan memelihara sesama peserta berasaskan kepada konsep Tabarru’.


Satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan

pertolongan dan bantuan kewangan sesama kita (peserta) bilamana di perlukan. Kita

Menabung, Melabur, Mendapat Perlindungan, Beramal serta Mendapat Keuntungan

dalam masa yang sama.


”Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling bantu membantu di antara

satu sama lain”.

(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)


Ingatlah:

RISIKO…..PENYAKIT…. HILANG UPAYA….CACAT KEKAL…..KEMATIAN….. Anda pasti akan menghadapinya…..Kami hanya memberi ruang kepada anda bagaimana kami boleh membantu anda










Gabungan tabungan dan perlindungan

untuk perancangan kewangan hari esok. Pelan yang fleksibel dalam meningkatkan perlindungan kewangan keluarga.


Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun

.

Di akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta terkumpul akan dipulangkan bersama perkongsian keuntungan dari Akaun Pesertadan lebihan Akaun Khas Peserta.


Sekiranya berlaku kematian, manfaat yang akan dibayar adalah jumlah perlindungan bersama Akaun Peserta Terkumpul serta keuntungan Akaun Peserta.

Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.


Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan.


Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.




Ia adalah pelan istimewa dengan pulangan berjadual serta kebebasan mutlak dalam

perancangan kewangan semasa merangkumi keperluan pendidikan, umrah dan ziarah,

melancong, pelaburan dan sebagainya.


Ia memberikan perlindungan kewangan untuk keluarga tersayang sekiranya ditimpa sesuatu

musibah.

Perlindungan 24 jam seluruh dunia!


Jumlah perlindungan sepenuhnya akan dibayar dalam tempoh kontrak berkuatkuasa sekiranya

berlaku kematian.Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan

dibayar dalam 3 kali pembayaran. 20% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul

dan keuntungan daripada akaun peserta apabila sahnya keilatan, 40% pada akhir tahun

pertama dan kedua dari tarikh keilatan.


Manfaat semasa matang adalah baki manfaat survival berjadual termasuk akaun peserta serta

keuntungan akaun peserta dan lebihan akaun khas peserta.


Nilai serahan akaun peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan.


Atas apa jua sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih

satu daripada pilihan di dalam "peruntukan bukan lucuthak" untuk meneruskan penyertaan.


Had umur:- 6 bulan hingga 54 tahun (pada tarikh lahir akan datang)


Tempoh penyertaan:- 18, 21, 24, 27 dan 30 tahun.

Had umur matang :- 84 tahun (pada tarikh lahir akan datang)




Dengan peningkatan kos pembelajaran ke IPTA dan IPTS di sekitar 3% setahun berdasarkan

kadar inflasi, adakah anda telah bersedia untuk menghadapinya demi masa depan dan

kesejahteraan anak anda?


Pelan SARJANA dengan gabungan tabungan dan perlindungan adalah satu usaha untuk

mewujudkan dana khas sebagai perancangan kewangan pendidikan anak anda di hari esok.

Kecemerlangan masa depan anak anda adalah terletak di tangan anda sendiri. Dengan

perancangan kewangan yang strategik dan gabungan dengan perlindungan menjadikan

SARJANA sebagai suatu perancangan yang komprehensif dan harus bagi penentuan masa

depan anak anda.


Sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh ke atas pembayar, kesemua

sumbangan asas termasuk Rider atas diri anak, melainkan tabungan tambahan akan dilunaskan

sehingga tarikh matang, anak meninggal dunia atau keilatan kekal menyeluruh, yang mana

terdahulu.

Sekiranya berlaku kematian keatas anak, kontrak ini akan membayar manfaat perlindungan

beserta akaun peserta dan keuntungan yang terkumpul.


Sekiranya berlaku keilatan ke atas anak, kontrak ini akan membayar manfaat keilatan seperti

di dalam jadual yang ditetapkan.


Had umur: Sehingga 17 tahun.

Tempoh Penyertaan: 5 hingga 25 tahun

Umur pada tarikh matang: 13 hingga 25 tahun

Perlindungan minimum: RM10,000





Faedah simpanan dan perlindungan yang membolehkan anda merancang kewangan demi kesejahteraan anda dan generasi akan datang.

Membolehkan perlindungan diteruskan sehingga umur 88 tahun walaupun sumbangan telah tamat.

Pilihan sumbangan terhad pada umur 55, 60 dan 65 tahun.

Di akhir tempoh kontrak, semua amaun terkumpul dan keuntungan dalam akaun peserta beserta dengan lebihan akaun khas peserta akan dipulangkan.

Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 3 kali pembayaran. 20% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan daripada akaun peserta apabila sahnya keilatan, 40% pada akhir tahun pertaa dan kedua dari tarikh keilatan.

Nilai serahan akaun peserta terkumpul daripada tahun kedua penyertaan.

Atas apa jua sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam "peruntukan bukan lucuthak" untuk meneruskan penyertaan.

Had umur: 6 bulan hingga 60 tahun (pada tarikh lahir akan datang)
Tempoh penyertaan: min imum 28 tahun dan maksimum 87 tahun
Had umur matang: 88 tahun (pada tarikh lahir akan datang)



Perlindungan sekeluarga dengan hanya satu pelan dan sumbangan.

SAKINAH adalah satu-satunya pelan takaful keluarga yang menawarkan khidmat perlindungan
menyeluruh den gan hanya m enyertai satu pelan. Selain itu, pelan ini juga menawarkan fleksibiliti bagi pasangan suami isteri atau ibu bapa dan anak-anak. Pelan ini adalah berlandaskan prinsip syariah.

JENIS PELAN YANG DITAWARKAN.

SAKINAH menaw arkan dua jenis pelan yang dapat memberi pilihan kepada mereka yang ingin menyertainya.

1. SAKINAH 1 - Bertempoh dengan simpanan.
2. SAKINAH 2 - Bertempoh.

KRITERIA PENYERTAAN

Pelan Perlindungan Deskripsi & Jadual Agihan Sumbangan.

1. SAKINAH 1 memberikan elemen perlindungan dan simpanan peserta atau pasangan - Bertempoh dengan simpanan, menerima bukan sahaja manfaat secara sekaligus; tetapi juga nilai terkumpul akaun peserta.

2. SAKINAH 2 memberikan elemen perlindungan bagi kematian dan hilang upaya kekal kepada - Peserta atau pasangan yang dilindungi amaun manfaat 100% akan diberikan kepada pasangan jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal yang pertama.

Kriteria Skala Penyertaan & Had Maksimum

1. Tempoh penyertaan - Sakinah 1 - Bertempoh dengan simpanan minimum 5 tahun dan
maksimum 62 tahun.
- Sakinah 2 - Bertempoh minimum 5 tahun dan maksimum 30 tahun.

2. Had umur - Peserta pertama : minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun - peserta kedua :
minimum 90 hari dan maksimum 60 tahun.

3. Had umur matang - 80 tahun pada tarikh lahir akan datang.

4. Pilihan sumbangan - samada bulanan, suku tahunan, setengah tahunan atau tahunan.



Ia merupakan peninggalan untuk mereka yang tersayang jika ditakdirkan musibah menimpa anda kerana anda diberikan perlindungan kewangan maksima. Sumbangan rendah untuk perlindungan kewangan yang tinggi. Tempoh penyertaan yang fleksibel.

Perlindungan kewangan untuk mereka yang tersayang.

Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran 10% daripada jumlah perlindungan apabila sahnya keilatan, 10% pada akhir tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya pada akhir tahun keempat dari tarikh keilatan.

Had umur: 18 tahun hingga 55 tahun (pada tarikh lahir akan datang)
Tempoh penyertaan: 5 hingga 30 tahun.
Had umur matang: 65 tahun.



PERLINDUNGAN EKSKLUSIF BAGI GOLONGAN WANITA.

Wanita hari ini amat perihatin akan kepentingan dalam menjalani kehidupan yang sempurna duniawi dan ukhrawi. Mereka bukan sahaja perlu memberikan perhatian kepada keluarga. Malah mereka juga perlu memberikan perhatian kepada kerjaya serta persediaan untuk persaraan.

Bersesuaian dengan naluri wanita, AFIAH yang berlandaskan prinsip Syariah ini menawarkan pilihan kepada wanita untuk mendapatkan perlindungan daripada empat penyakit kritikal khusus dan juga bantuan perlindungan kepada mereka yang tersayang.

Memberikan perlindungan terhadap 4 penyakit kritikal khusus yang menyerang wanita.

1. Lupus Eritematosus Sistemik (SLE) - penyakit inflamatori dermatitis, dengan ruam merah
bersisik pada hidung dan pipi, dan kerosakan yang progresif pada ginjal, dan dirawat dengan
kortikosferoid.

2. Artritis Reumatoid - Penyakit sendi, kronik dan bercirikan perubahan keradangan di
membrane sinova, struktur artikular dan atrofi tulang, boleh menyebabkan kecacatan di
peringkat akhir penyakit.

3. Barah Payudara.

4. Barah Pangkal Rahim.

Bayaran sekaligus jumlah perlindungan akan dibuat setelah peserta disahkan menghidapi mana-mana penyakit kritikal tersebut.

MANFAAT PILIHAN - Perlindungan tambahan seperti manfaat pendapatan keluarga, pemeriksaan kesihatan wanita dan elaun hospital untuk peserta dan anak-anak.

1. Elaun Hospital - Elaun harian akan dibayar sekiranya peserta atau anak peserta, atau kedua-
duanya dimasukkan ke hospital.

2. Pendapatan Keluarga - Apabila disahkan menghidapi sebarang penyakit kritikal tersebut,
manfaat pendapatan keluarga akan dibayar sehingga tamat tempoh
pelan perlindungan.

3. Pemeriksaan Kesihatan wanita - Peserta akan menerima surat untuk menjalani pemeriksaan
kesihatan seperti ujian Pap Smear, Mamogram atau
sebarang pemeriksaan yang berkaitan sama ada setiap
tahun, setiap 2 tahun atau setiap 3 tahun di hospital yang
diiktiraf oleh Etiqa Takaful (ET).